|
Untitled Document
Bahawa kami warga SMKTSJ2 sedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:
Pelajar:
- Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.
- Memberi peluang kepada semua pelajar untuk meningkat potensi diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan pembangunan sahsiah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
- Urusan pendaftaran dan pertukaran pelajar dipastikan selesai pada hari yang sama.
Staf
- Memastikan segala surat siaran yang diterima dimaklumkan kepada semua staf tidak lewat dari satu hari dari tarikh surat itu diterima.
- Setiap staf baru akan dipastikan mendapat gaji , tiga bulan selepas mendaftar diri.
Ibu Bapa
- Menyampaikan keputusan peperiksaan tiga minggu selepas peperiksaan.
- Memaklumkan maklumat kebajikan / kes-kes disiplin tidak lewat satu hari.
Stakeholder
- Semua aduan pelanggan akan diberi maklum balas tidak lewat dari 3 hari dari tarikh aduan diterima.
- Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD / JPN / KPM mendapat tindakan dalam tempoh 3 hari.
|